
Person
Content






Azmi Shahrin, BA Hons. (University of Kent, UK), M Econs (UM), Distinguished Toastmaster, Jurulatih Bertauliah (PSMB)
Azmi Shahrin dilahirkan di Ipoh dan menerima pendidikan awal di St. Michael’s Institution, Ipoh dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Beliau mendapat biasiswa daripada Shell untuk melanjutkan pelajaran ke University of Kent, United Kingdom di mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dan Ekonomi. Seterusnya beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Ekonomi daripada Universiti Malaya. Beliau adalah ahli MENSA sejak tahun 1989. Azmi memiliki pengalaman bekerja melebihi satu dekad dalam pengurusan komunikasi pemasaran, saluran pemasaran serta jenama barangan dengan beberapa syarikat termasuk Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Maxis Communications Bhd. Namun begitu, pada tahun 2003 beliau telah melepaskan jawatan yang lumayan untuk menjadi jurulatih sepenuh masa.
Titik tolak kerjaya baru ini berpunca daripada keahlian dengan Toastmasters International. Pada tahun 1998, Azmi telah menyertai Kelab Toastmasters Extol untuk mengasah kemahiran Pengucapan Awam dan berkomunikasi. Beliau memegang jawatan Presiden kelab ini pada tahun 2005-2006. Beliau juga merupakan salah seorang penggerak utama dalam menubuhkan Kelab Pidato Perdana di mana beliau memegang jawatan Presiden pada tahun 2004-2005 dan kini memainkan peranan sebagai Ketua Jurulatih. Pada tahun 2007-2008, Azmi telah dilantik sebagai Gabenor Bahagian W (dalam Daerah 51 Toastmasters International) dan diberi tanggungjawab mentadbir 32 kelab. Beliau juga pernah memenangi pelbagai pertandingan pidato serta anugerah-anugerah untuk kepimpinan dan khidmat cemerlang, termasuk “Toastmaster of the Year” untuk Bahagian C untuk tahun 2004-2005. Beliau juga seorang jurulatih untuk Institut Kepimpinan Toastmasters. Pada tahun 2006, Azmi Shahrin telah berjaya memperoleh anugerah tertinggi Toastmasters yang membawa gelaran “Distinguished Toastmaster” (DTM). Kesemua pencapaian ini telah membolehkan beliau untuk melancarkan dan menjayakan kerjaya baru sebagai pemidato dan jurulatih pengucapan awam.
Dalam tempoh 8 tahun yang lalu, Azmi Shahrin telah melatih lebih daripada 8,500 dewasa dan pelajar untuk membina kemahiran Pengucapan Awam, berkomunikasi dan kepimpinan. Selain melatih ahli-ahli Toastmasters dan orang awam, beliau juga pernah mengendalikan kursus untuk Petronas, Tourism Malaysia, BERNAMA, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kerja Raya, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Universiti Malaya, University Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Perubatan Antarabangsa, Bank Rakyat, Celcom, CIMB, DRB-HICOM, Hospital Selayang, IRDA, KL Monorail, KWSP, MATRADE, MIROS, MYIPO, Panasonic, RapidKL, Sime Darby, SIRIM, SYABAS, TNB, UMW dan lain-lain. Pada masa ini, Azmi adalah Jurulatih Utama untuk ProSkills Trainers. Khidmat beliau juga sering dipinta oleh pembekal-pembekal latihan yang lain. Azmi Shahrin merupakan jurulatih bertauliah (Certified Trainer) yang diiktiraf oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).
Azmi bercita-cita untuk menjadikan kemahiran berbahasa Inggeris dan komunikasi yang berkesan satu kenyataan untuk rakyat Malaysia. Beliau berasa teruja dan terdorong dengan maklum balas yang memberangsangkan daripada para pelatih dan berasa sukacita kerana berpeluang untuk berbakti kepada insan-insan yang memerlukannya.
Profil Jurulatih Encik Azmi Shahrin Muat Turun PDF
Senarai lengkap kursus-kursus yang pernah dikendalikan oleh Azmi Shahrin sejak Ogos 2005 (tidak termasuk kursus-kursus yang dikendalikan untuk Toastmasters International):
Kemaskini Terakhir: 31 Dis 2011
Akan di kemaskini untuk program-program terkini dari masa ke semasa.

Triple A Training (001947244-A) adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (Kategori C). Sila hubungi kami untuk maklumat lebih mengenai ini. Sila ke Triple A Training untuk maklumat lanjut mengenai kursus-kursus lain yang ditawarkan.
Sila hubungi kami di enquiries@tripleAtraining.com.my atau 016-7701972 (Encik Hatim) untuk mendapatkan sebutharga.
Sila nyatakan tarikh yang sesuai, lokasi kursus dan bilangan peserta yang akan menyertai kursus nanti. Jurulatih Encik Azmi Shahrin juga boleh datang ke pejabat organisasi/syarikat anda untuk memberikan taklimat lanjut mengenai kursus yang ditawarkan bagi kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Pastikan anda melakukan tempahan masa yang awal kerana jadual jurulatih kami selalunya sudah penuh untuk sekurang-kurangnya 1 ke 2 bulan lamanya. Bagaimanapun, pastikan anda menghubungi kami dengan tarikh yang diingini untuk melihat kesesuaian tarikh tersebut.
Kami juga boleh mengubahsuai sukatan/jadual kursus ini untuk memenuhi keperluan khusus organisasi anda. Sila hubungi kami untuk berunding.
Perlu diingatkan semula, buat masa ini kami TIDAK menawarkan program awam untuk orang perseorangan & orang ramai. Kursus hanya ditawarkan kepada organisasi awam/kerajaan/sekolah/universiti dan swasta sahaja.
All Rights Reserved.
Copyright © 2012
Triple A Training (001947244-A)